Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur

Koordinat: 1°23′18″N 103°54′18″E / 1.388316°N 103.905029°E / 1.388316; 103.905029

Punggol Timur
  • Cina:榜鹅东单选区/Bǎngé Dōng Dān Xuǎnqū
    Inggeris:Punggol East Single Member Constituency
    Tamil:பொங்கோல் ஈஸ்ட் தனித்தொகுதி/Poṅkōl Īsṭ Taṉit Tokuti
Kawasan Undi Perseorangan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTimur laut Singapura
Pengundi35,477 (sebelum dimansuh pada 13 Mac 2020)[1]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk2011
Dimansuh2020
PartiParti Tindakan Rakyat
WakilCharles Chong You Fook (untuk Parlimen 2015-20)
Majlis Bandaran
  • Pasir Ris–Punggol (untuk Parlimen 2011-20)
  • Aljuined–Hougang–Punggol Timur
Digantikan denganKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Sengkang
Ditubuhkan dariPasir Ris-Punggol

Kawasan Undi Perseorangan Punggol Timur ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian timur laut Singapura. Sebelum dijadikan sebuah SMC yang tersendiri semasa pilihan raya umum 2011, kawasan Punggol Timur merupakan sebahagian daripada Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pasir Ris-Punggol.

Pada 12 Disember 2012, Anggota Parlimen (AP) bagi SMC Punggol Timur pada ketika itu, Michael Palmer meletakkan jawatan sebagai Speaker Parlimen, AP dan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) setelah mengaku adakan hubungan sulit dengan seorang kakitangan Persatuan Rakyat (PA).[2] Sebuah pilihan raya kecil diadakan pada 26 Januari 2013 akibat pengosongan kerusi parlimen di Punggol Timur. Pada Hari Pengundian, calon Parti Pekerja Lee Li Lian berjaya menewaskan PAP dan dilantik menjadi AP bagi SMC Punggol Timur.[3]

Semasa pilihan raya umum 2015, Charles Chong dari PAP berjaya menawan semula SMC Punggol Tomur, menggantikan Lee Li Lian sebagai AP bagi kawasan undi tersebut.[4]

Punggol Timur akhirnya dimansuh dan diserap ke dalam Kawasan Sengkang. Kemudian sebahagian tempat di Punggol Timur dimasukkan ke dalam wad Rivervale.

  1. ^ The Report of the Electoral Boundaries Review Committee (EBRC), 2020 [Laporan pada Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC), 2020] (PDF). Jabatan Pilihan Raya (ELD) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). 13 Mac 2020. m/s. 5. Dicapai pada 27 Januari 2023.
  2. ^ Mohd, Azahar; Kuchit, Adli Yashir (14 Disember 2012). "Peletakan Jawatan Speaker Michael Palmer: Tumpuan ramai beralih pada pilihan raya kecil" (PDF). Universiti Pengurusan Singapura (dalam bahasa (Melayu)). Singapura. Berita Harian Singapura. m/s. 4. Dicapai pada 16 Januari 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ Au Yong, Jeremy (26 Januari 2013). "Workers' Party wins Punggol East by-election with 54.52% of valid votes" [Parti Pekerja menang pilihan raya kecil Punggol Timur dengan 54.52% undian sah]. The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Singapura. Dicapai pada 16 Januari 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Sim, Royston (12 September 2015). "GE2015: PAP's Charles Chong wins Punggol East SMC with 51.76 per cent of votes" [Charles Chong dari PAP menangi SMC Punggol Timur dengan 51.76 peratus pungutan undi]. The Straits Times (dalam bahasa (Inggeris)). Dicapai pada 22 September 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search